Tajuk Pilihan

“MELONJAK WIBAWA UMT KE ARAH KESOHORAN ILMU KELAUTAN”

“MELONJAK WIBAWA UMT KE ARAH KESOHORAN ILMU KELAUTAN”

Tuesday, 19/02/2019

Kongsi Artikel ini :

Kuala Nerus, 18 Feb. – Majlis Amanat Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tahun 2019 yang diadakan di Dewan Sultan Mizan UMT kali ini diketengahkan melalui tema “Melonjak Wibawa UMT ke Arah Kesohoran Ilmu Kelautan”. Tema tersebut merupakan harapan UMT dalam meningkatkan keterlihatan dalam bidang tujahan ilmu kelautan dan sumber akuatik.

YBhg. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar dalam ucapannya berkata kecemerlangan dan kewibawaan warga UMT merupakan nadi kepada pembangunan universiti ke arah memperkasakan visi dan misi universiti.

“Ia terbukti melalui kejayaan-kejayaan yang diraih oleh staf sehingga ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa pada tahun 2018 melalui program dan penyelidikan yang dijalankan”

Tambahnya bertepatan dengan kejayaan tersebut, universiti akan menumpukan kepada beberapa inisiatif pada tahun 2019 antaranya tumpuan kepada usaha pemantapan program pembangunan kepimpinan pentadbir UMT melalui sistem ‘WeLeadUMT’  yang akan dibangunkan untuk merangka dan memperkasa bakat kepimpinan akademik dan bukan akademik di universiti ini.

Menurutnya lagi skop pensijilan MS ISO akan diperluaskan secara menyeluruh kepada semua perkhidmatan di UMT. Bagi merancakkan lagi UMT Education 4.0, beberapa inisiatif baharu juga akan diperkenalkan pada tahun ini antaranya memperluaskan francais kerjasama antara UMT dengan IPTS yang memiliki niche yang sama.

Selaras dengan Pelan Strategik UMT 2018-2022, inisiatif pembangunan pelajar bagi ini dilaksanakan dengan 10 program berimpak tinggi. Manakala bagi memperkasa Niche UMT, inisiatif tahun 2019 menggariskan program-program seperti Survival Laut, Monsoon Beach Challenge, Sailing IPT Open dan sebagainya lagi.

Bagi memperkasakan aktiviti pemindahan ilmu dan jaringan industri di PTj, UMT akan melaksanakan Penarafan Bintang dan Penentuan Ranking untuk setiap PTj untuk Penilaian Program Kerjasama dengan Komuniti dan Industri bagi tujuan mengukur impak program yang telah dilaksanakan. Program-program Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri sedia ada akan diperkembangkan dengan lebih meluas malah ke persada antarabangsa.

Katanya lagi UMT menerusi Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dengan kerjasama Bendahari UMT akan mempakejkan pengurusan Dana di PISM dengan nama ZAWIN, singkatan daripada Zakat, Waqaf dan Infaq dan tidak lain tidak bukan untuk memastikan dana ini dapat memberi manfaat kepada warga UMT khususnya pelajar.

Penampilan laman sesawang yang lebih interaktif dan berinformatif melalui penambahan 6 bahasa perantara iaitu, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan Bahasa Perancis turut dititik beratkan dalam usaha meningkatkan lagi citra universiti.

Selaras dengan amanat YBM KPM yang berlandaskan pengetahuan, industri dan kemanusiaan, semua program yang dirancang perlu dilaksanakan secara sistematik dan mampu merealisasikan amanat UMT tahun 2019 iaitu “MELONJAKKAN WIBAWA UMT KE ARAH KESOHORAN ILMU KELAUTAN”. Semoga aspirasi Amanat Tahun 2019 ini dapat dihayati dan dilaksanakan oleh semua warga UMT secara muafakat serta hasil yang akan dikecapi mampu memberi manfaat dan menjulang nama UMT di peringkat dunia.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pegawai-Pegawai Utama Universiti serta warga UMT

Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

ARKIB 2019

UMT JALIN KOLABORASI BERSAMA AGENSI KOREA DAN INDUSTRI
SISWAZAH UMT MILIKI SIJIL KEMAHIRAN DIIKTIRAF
PROGRAM UMT MENGAJI TANPA HENTI 123 JAM DIIKTIRAF MBOR
STUDENT RESEARCH DAY@UMT JADI PENTAS KEMBANGKAN BAKAT PELAJAR
KANAK-KANAK, OKU, WARGA EMAS SERTAI MENGAJI TANPA HENTI – MBOR
UMT BUKA RUANG SEDEKAH, ANJUR IFTAR PERCUMA
RAMADAN, BULAN MELATIH HAWA NAFSU
KOMUNITI UMT HAYATI KETINGGIAN SENI BUDAYA ISLAM PADA WARISAN UKIRAN KAYU
CESF’19 BUKA PELUANG KERJAYA GRADUAN UMT
UMT PEDULI ASNAF, NAIK TARAF KELUARGA MELALUI PENDIDIKAN
KEJOHANAN INTER SCHOOL SPORT FIESTA 2019 ERATKAN UKHUWAH WARGA UMT
WARGA AKADEMIK UMT DISARAN TERBIT PENULISAN BERIMPAK TINGGI
INSTITUT BIO-D TROPIKA UMT TEROKA PUNCAK PULAU BIDONG
KEMPEN JOM SIHAT, WARGA UMT TAWAN BUKIT MARAS
UMT, KOMUNITI BUKIT KOR JAYAKAN KENDURI SEKAMPUNG
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA UMT DAN IGTC KEMUNCAK PENYERTAAN UMT DALAM LIMA ’19
PASUKAN UMT AZAM BERI SAINGAN SENGIT
UMT GUNA PENDEKATAN BAHARU PROGRAM SLPW
PROF. NOR AIENI TERAJUI HALA TUJU JAWATANKUASA NAIB CANSELOR/REKTOR UA
KEGIATAN BERUNIFORM LAHIR GRADUAN HOLISTIK
PEMENTASAN TEATER RAGAM BERI NILAI TAMBAH KEPADA GRADUAN
“MELONJAK WIBAWA UMT KE ARAH KESOHORAN ILMU KELAUTAN”
KUNJUNGAN HORMAT MPP, MKS MEMANTAPKAN KERJASAMA DAN UKHUWAH BERSAMA WARGA UMT
LIMA MAHASISWA CEMERLANG UMT TERIMA ANUGERAH SARJANA TERENGGANU
UMT & SENDAI COLLEGE, JEPUN PERKASA KEMAJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI MOU
READ@UNI DAN BEDAH BUKU ORANG TERENGGANU SUBURKAN BUDAYA MEMBACA
UMT & JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA TANDATANGANI MOU, BANGUN SISTEM SEBARAN MAKLUMAT OSEANOGRAFI
PENGANJURAN SUKAN ANTARA ASASI LAHIR GRADUAN SEIMBANG
UMT TERIMA KUNJUNGAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
UMT SAILING TEAM UNGGULI TEMPAT KEEMPAT KEJOHANAN KAPAL LAYAR LANGKAWI
HAPPY BOX BENDAHARI UMT CERIAKAN GOLONGAN MEMERLUKAN
BERAKHIRNYA 2018, BERMULANYA 2019

ARKIB 2018

UMT LONJAK 61 TANGGA DALAM UI GREENMETRIC 2018
65 PEMBENTANGAN INOVASI DIPERTANDINGKAN SEMPENA PAIPP 2018
ALUMNI UMT RAI JUBLI PERAK, DISKAUN 30 PERATUS PENGGUNAAN FASILITI
PENSYARAH UMT DINOBAT JOHAN AKRI , BAWA PULANG RM10,000
UMT TANDATANGANI MOU DENGAN DUA INSTITUSI KERAJAAN ACEH
UMT TERIMA PENSIJILAN MS ISO 27001:2013 ISMS OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL
PENYELIDIK UMT DIIKTIRAF SIIF’18, KOREA
UMT MONSOON BEACH CHALLENGE 2018 ERATKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN KESUKANAN
24 PELAJAR DILANTIK BARISAN MPP UMT SESI 2018/2019
TAF BUKA PENGALAMAN KERJA PERAKAUNAN SEBENAR DI UMT
UMT TINGKAT PENDAPATAN USAHAWANTANI MELALUI PROGRAM PEMINDAHAN ILMU
KHIDMAT AHLI AKADEMI PILIHANRAYA (APR), SURUHANJAYA PILIHANRAYA UNTUK PRK UMT SESI 2018/2019
UMT RAIKAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 TAHUN 2018
ISTANA TERENGGANU BERKENAN LANCAR BUKU BEAUTIFUL TERENGGANU DAN PAMERAN MANUSKRIP AL-QURAN EMAS
DELIGASI MISI KEMANUSIAAN UMT RAWAT TRAUMA PENDUDUK PALU
PENGANJURAN TOMSY2018 RUNGKAI ISU PERUBAHAN IKLIM DAN KELAUTAN
POD 2018 BUKA RUANG DEKATI KOMUNITI, KEMPEN BUDAYA MEMBACA
UMT TINGKAT KEYAKINAN DIRI BELIA OKU MELALUI SELAM SKUBA
UMT DEKATI MASYARAKAT MELALUI KLK
PELANTIKAN YBHG. TAN SRI DATO’ SERI (DR.) HALIM BIN MOHAMMAD SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) YANG BAHARU
UMT ZAHIRKAN SOKONGAN KEPADA PENGHIDAP KANSER PAYUDARA MELALUI WALKATHON
UMT DAN UiTM ERAT KERJASAMA STRATEGIK MELALUI ezSNAP
UMT PERKASA BIDANG PENYELIDIKAN BERSAMA UEA
COLOUR RUN UMT ERAT SEMANGAT PERPADUAN DAN PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT
UMT ANJUR PERSIDANGAN KAJI KAEDAH TANGANI KEPUPUSAN SPESIS TERANCAM
PENINGKATAN 3.8% PERMOHONAN KE UMT MEMPERLIHAT KEUNGGULAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UMT LANCAR CAKNA KESIHATAN SOSIAL DAN KLINIK KEKAL SIHAT
UMT Lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang
Hari Raya Korban?
UMT SEBAR KEPENTINGAN FUNGSI KULAT
KONTINJEN UMT TEMPAT KETIGA SUKUM 2018
INOVASI UMT JADIKAN KELULUT EJEN PENDEBUNGAAN MELON MANIS TERENGGANU
UMT, UBH JALIN KERJASAMA SERANTAU BIDANG PERIKANAN DAN MARITIM
UMT Diiktiraf Pensijilan ISO 9001:2015
PROFESIONAL BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN DAN AGROTEKNOLOGI BERGANDINGAN DALAM IFOSAC 2018
UMT TINGKATKAN HASIL TUAIAN USAHAWANTANI MELALUI PRODUK BAJA BIOWALIT
UMT BUKUKAN WARISAN TASIK KENYIR
KOLABORASI PELAYARAN SAINTIFIK UMT DAN STATE OCEANIC ADMINISTRATION, CHINA
UMT Tuan Rumah Karnival STEM 2018
Kuda Laut UMT Tambah Rezeki Komuniti Besut
UMT Wakili Malaysia ke California
Atlet Taekwondo UMT Raih Dua Gangsa Sempena MASUM
UMT, CME Bincang Jalin Kerjasama Fokus Pembangunan Sumber Manusia
UMT Semai Minat Sains Marin Kepada 138 Pelajar SBP
RHB Islamic Endowed Scholar In Finance di UMT
RAYA SAMA-SAMA, KONGSI JUADAH RAYA UMT
UMT Tandatangani MoU dengan MIMOS Sempena IFunS2018
MENJELANG SATU SYAWAL
Kunjungan Muhibah Erat Kerjasama UMT dan Media
Beramal Sambil Derma Darah
MPP, MUTIARA UMT Meriahkan Sambutan Raya Insan Tidak Bernasib Baik
UMT dan CCM Polymers Sdn Bhd Jalin Kolaborasi Penyelidikan Industri Yang Mapan
UMT dan BERKAT Raikan Iftar Bersama Pelajar
UMT Sedia Dua Bas Baharu Bagi Merancakkan Aktiviti Pelajar
Ramadan 1439H@UMT
UMT Rangkul Pingat Perak Sempena Belt and Road University General Education Forum, Innovation and Entrepreneurship Competition di Tongren University, China
UMT Pamer Lebih 2000 Hasil Penyelidikan, Lapan Terbaik
Piala Naib Canselor UMT milik Sekolah Sultan Alam Shah
UMT Terima Dana Penyelidikan Hampir RM 3.1 juta
Anugerah Buku Negara iktiraf 3 buku terbitan UMT
UMT terima Anugerah Makalah Jurnal (kategori Sains Teknologi dan Perubatan) sempena Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2017
Anugerah Setia Bakti UMT hargai khidmat 151 warga UMT
UMT Perkasa Semangat Kesukarelawanan Pelajar Menerusi Platform KPT4U Besut
UMT Naib Johan MyAgrosis Cup Sempena CESF’2018
UMT Bolot 30 Pingat Emas sempena MPI 2018
KPTN 2018 UMT Meriah!
MAM2018 Rai Warga Media Seluruh Malaysia, Angkat Penulisan Terbaik
STEM PLUS UMT Diangkat Dalam Mentor Mentee Award Peringkat Kebangsaan
Aspirasi Membara Naib Canselor UMT Menempuh Cabaran 2018
Tanah Bencah Setiu, Khazanah Alam dan Budaya
Penyelidikan Translasional UMT, "Universiti Selidik, Rakyat Sejahtera"
"Floating Breakwater" bakal manfaat komuniti nelayan Mengabang Telipot
MoU UMT & WWF-Malaysia Tanda Pengukuhan Kerjasama Usaha Konservasi Biodiversiti & Pembangunan Mapan
2018; UMT terus Sohor!

ARKIB 2017

UMT Bolot Tiga Anugerah di SIIF 2017
Program “V-CARE, V-CONCERN FREE MARKET FOR NEEDY”
9 Sekawan Pegawai UMT Terima Ijazah Sarjana
Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu