Tajuk Pilihan

Ekosistem Bakau Khazanah Alam

Ekosistem Bakau Khazanah Alam

Tuesday, 04/10/2016

Kongsi Artikel ini :

SETIU 3 Oktober 2016 - Program Penghayatan Ekosistem Bakau telah dilaksanakan pada 3 Oktober lepas bertempat di Tanah Bencah Setiu, Setiu. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pengembangan dan pemindahan ilmu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kepada masyarakat mengenai kepentingan dan kesedaran ekosistem bakau kepada ekosistem alam. Program tahunan ini dibiayai sepenuhnya oleh PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) dengan anjuran bersama oleh Stesen Penyelidikan Tanah Bencah Setiu UMT, Makmal Berpusat UMT dan Persatuan Alam Sekitar Setiu (dikenali secara ringkas sebagai SAHABAT SETIU) yang mewakili penduduk setempat Tanah Bencah Setiu.

Program pada tahun ini berjaya mengumpulkan seramai  120 peserta  yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan sokongan PCSB Kerteh, Terengganu, wakil daripada ibu pejabat PETRONAS, Kuala Lumpur, kakitangan dan pelatih Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) Batu Rakit, Terenggan, pelajar pasca siswazah dan prasiswazah UMT, pelajar sekolah yang menganggotai Kelab Internet Kampung Gong Batu, Setiu dan ahli-ahli SAHABAT SETIU.

Matlamat utama penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan kefahaman orang awam mengenai keunikan persekitaran semula jadi Tanah Bencah Setiu, ekosistem pantai dan sumber aslinya. Kesedaran akan kepentingan tanah bencah oleh penduduk setempat dan pelbagai lapisan orang awam (sektor korporat, pelajar universiti, pelajar sekolah) dapat memberikan kesan yang signifikan, terutamanya kepada usaha pemuliharaan sesebuah ekosistem yang sensitif seperti tanah bencah. Secara tidak langsung, ini akan memperkukuhkan keperluan menguat kuasa rangka perundangan bagi menjamin kemapanan ekosistem Tanah Bencah Setiu. Semenjak program ini dilancarkan buat kali pertama pada tahun 2012, banyak peristiwa dan titik perubahan yang menjadikan Tanah Bencah Setiu tumpuan pihak-pihak yang berkaitan. Program ini telah menjadi salah satu faktor penggerak kepada pihak berkaitan untuk memulihara dan menguruskan Tanah Bencah Setiu demi kelangsungan hidup masyarakat setempat. Dengan sokongan padu daripada PCSB sebagai penaja program, UMT kekal memainkan peranan untuk memperkasakan masyarakat setempat terutamanya dalam penubuhan persatuan mereka iaitu SAHABAT SETIU yang menjadi saluran masyarakat setempat untuk menyuarakan hasrat mereka berkaitan dengan pemuliharaan tanah bencah yang menyokong kelangsungan hidup mereka.

Program Penghayatan Ekosistem Bakau Semai Semangat Kesukarelawanan

Seperti program pengembangan UMT yang lain, Program Penghayatan Ekosistem Bakau menjadi landasan penting bagi UMT untuk menyemai semangat kesukarelawanan kepada kakitangan dan para pelajarnya. Pelajar pascasiswazah dan prasiswazah UMT dipelawa untuk mengikuti program ini secara sukarela dan setiap tahun, pihak penganjur sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan melebihi daripada bilangan yang diperlukan. Peluang dan pengalaman sebegini amat berharga bagi mereka terutamanya untuk meningkatkan kemahiran insaniah sebagai persediaan bergraduat kelak.

Pengisian Program Penghayatan Ekosistem Bakau direka bentuk agar ilmu yang dijana daripada aktitiviti penyelidikan UMT serta pengetahuan tradisi masyarakat setempat Tanah Bencah Setiu dikongsi dan dipindahkan kepada peserta program secara ‘hands on’. Peserta program melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti apresiasi flora dan fauna ekosistem bakau, pungutan dan analisa sisa pepejal serta modul ilmu tradisi dan kelangsungan hidup masyarakat setempat melalui demonstrasi dan latihan membuat lekar, kerepek dan mengutip lokan di kawasan paya bakau. Wacana berkaitan dengan khidmat ekosistem paya bakau dan kesinambungan ekosistem bakau dengan ekosistem samudera dan daratan turut dikongsi bersama peserta. Adalah menjadi harapan UMT agar dalam jangka masa terdekat masyarakat setempat akan mempunyai keupayaan penuh untuk mengambil alih program ini serta program-program yang setara sebagai salah satu aktiviti yang membantu menjana pendapatan mereka di samping menjaga alam sekitar dan sumber-sumber semulajadi Tanah Bencah Setiu.

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09 – 668 5086/ 4339

ARKIB 2019

PENGANJURAN SUKAN ANTARA ASASI LAHIR GRADUAN SEIMBANG
UMT TERIMA KUNJUNGAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
UMT SAILING TEAM UNGGULI TEMPAT KEEMPAT KEJOHANAN KAPAL LAYAR LANGKAWI
HAPPY BOX BENDAHARI UMT CERIAKAN GOLONGAN MEMERLUKAN
BERAKHIRNYA 2018, BERMULANYA 2019

ARKIB 2018

UMT LONJAK 61 TANGGA DALAM UI GREENMETRIC 2018
65 PEMBENTANGAN INOVASI DIPERTANDINGKAN SEMPENA PAIPP 2018
ALUMNI UMT RAI JUBLI PERAK, DISKAUN 30 PERATUS PENGGUNAAN FASILITI
PENSYARAH UMT DINOBAT JOHAN AKRI , BAWA PULANG RM10,000
UMT TANDATANGANI MOU DENGAN DUA INSTITUSI KERAJAAN ACEH
UMT TERIMA PENSIJILAN MS ISO 27001:2013 ISMS OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL
PENYELIDIK UMT DIIKTIRAF SIIF’18, KOREA
UMT MONSOON BEACH CHALLENGE 2018 ERATKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN KESUKANAN
24 PELAJAR DILANTIK BARISAN MPP UMT SESI 2018/2019
TAF BUKA PENGALAMAN KERJA PERAKAUNAN SEBENAR DI UMT
UMT TINGKAT PENDAPATAN USAHAWANTANI MELALUI PROGRAM PEMINDAHAN ILMU
KHIDMAT AHLI AKADEMI PILIHANRAYA (APR), SURUHANJAYA PILIHANRAYA UNTUK PRK UMT SESI 2018/2019
UMT RAIKAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 TAHUN 2018
ISTANA TERENGGANU BERKENAN LANCAR BUKU BEAUTIFUL TERENGGANU DAN PAMERAN MANUSKRIP AL-QURAN EMAS
DELIGASI MISI KEMANUSIAAN UMT RAWAT TRAUMA PENDUDUK PALU
PENGANJURAN TOMSY2018 RUNGKAI ISU PERUBAHAN IKLIM DAN KELAUTAN
POD 2018 BUKA RUANG DEKATI KOMUNITI, KEMPEN BUDAYA MEMBACA
UMT TINGKAT KEYAKINAN DIRI BELIA OKU MELALUI SELAM SKUBA
UMT DEKATI MASYARAKAT MELALUI KLK
PELANTIKAN YBHG. TAN SRI DATO’ SERI (DR.) HALIM BIN MOHAMMAD SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) YANG BAHARU
UMT ZAHIRKAN SOKONGAN KEPADA PENGHIDAP KANSER PAYUDARA MELALUI WALKATHON
UMT DAN UiTM ERAT KERJASAMA STRATEGIK MELALUI ezSNAP
UMT PERKASA BIDANG PENYELIDIKAN BERSAMA UEA
COLOUR RUN UMT ERAT SEMANGAT PERPADUAN DAN PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT
UMT ANJUR PERSIDANGAN KAJI KAEDAH TANGANI KEPUPUSAN SPESIS TERANCAM
PENINGKATAN 3.8% PERMOHONAN KE UMT MEMPERLIHAT KEUNGGULAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UMT LANCAR CAKNA KESIHATAN SOSIAL DAN KLINIK KEKAL SIHAT
UMT Lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang
Hari Raya Korban?
UMT SEBAR KEPENTINGAN FUNGSI KULAT
KONTINJEN UMT TEMPAT KETIGA SUKUM 2018
INOVASI UMT JADIKAN KELULUT EJEN PENDEBUNGAAN MELON MANIS TERENGGANU
UMT, UBH JALIN KERJASAMA SERANTAU BIDANG PERIKANAN DAN MARITIM
UMT Diiktiraf Pensijilan ISO 9001:2015
PROFESIONAL BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN DAN AGROTEKNOLOGI BERGANDINGAN DALAM IFOSAC 2018
UMT TINGKATKAN HASIL TUAIAN USAHAWANTANI MELALUI PRODUK BAJA BIOWALIT
UMT BUKUKAN WARISAN TASIK KENYIR
KOLABORASI PELAYARAN SAINTIFIK UMT DAN STATE OCEANIC ADMINISTRATION, CHINA
UMT Tuan Rumah Karnival STEM 2018
Kuda Laut UMT Tambah Rezeki Komuniti Besut
UMT Wakili Malaysia ke California
Atlet Taekwondo UMT Raih Dua Gangsa Sempena MASUM
UMT, CME Bincang Jalin Kerjasama Fokus Pembangunan Sumber Manusia
UMT Semai Minat Sains Marin Kepada 138 Pelajar SBP
RHB Islamic Endowed Scholar In Finance di UMT
RAYA SAMA-SAMA, KONGSI JUADAH RAYA UMT
UMT Tandatangani MoU dengan MIMOS Sempena IFunS2018
MENJELANG SATU SYAWAL
Kunjungan Muhibah Erat Kerjasama UMT dan Media
Beramal Sambil Derma Darah
MPP, MUTIARA UMT Meriahkan Sambutan Raya Insan Tidak Bernasib Baik
UMT dan CCM Polymers Sdn Bhd Jalin Kolaborasi Penyelidikan Industri Yang Mapan
UMT dan BERKAT Raikan Iftar Bersama Pelajar
UMT Sedia Dua Bas Baharu Bagi Merancakkan Aktiviti Pelajar
Ramadan 1439H@UMT
UMT Rangkul Pingat Perak Sempena Belt and Road University General Education Forum, Innovation and Entrepreneurship Competition di Tongren University, China
UMT Pamer Lebih 2000 Hasil Penyelidikan, Lapan Terbaik
Piala Naib Canselor UMT milik Sekolah Sultan Alam Shah
UMT Terima Dana Penyelidikan Hampir RM 3.1 juta
Anugerah Buku Negara iktiraf 3 buku terbitan UMT
UMT terima Anugerah Makalah Jurnal (kategori Sains Teknologi dan Perubatan) sempena Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2017
Anugerah Setia Bakti UMT hargai khidmat 151 warga UMT
UMT Perkasa Semangat Kesukarelawanan Pelajar Menerusi Platform KPT4U Besut
UMT Naib Johan MyAgrosis Cup Sempena CESF’2018
UMT Bolot 30 Pingat Emas sempena MPI 2018
KPTN 2018 UMT Meriah!
MAM2018 Rai Warga Media Seluruh Malaysia, Angkat Penulisan Terbaik
STEM PLUS UMT Diangkat Dalam Mentor Mentee Award Peringkat Kebangsaan
Aspirasi Membara Naib Canselor UMT Menempuh Cabaran 2018
Tanah Bencah Setiu, Khazanah Alam dan Budaya
Penyelidikan Translasional UMT, "Universiti Selidik, Rakyat Sejahtera"
"Floating Breakwater" bakal manfaat komuniti nelayan Mengabang Telipot
MoU UMT & WWF-Malaysia Tanda Pengukuhan Kerjasama Usaha Konservasi Biodiversiti & Pembangunan Mapan
2018; UMT terus Sohor!

ARKIB 2017

UMT Bolot Tiga Anugerah di SIIF 2017
Program “V-CARE, V-CONCERN FREE MARKET FOR NEEDY”
9 Sekawan Pegawai UMT Terima Ijazah Sarjana
Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu