Tajuk Pilihan
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Wednesday, 10/08/2016
Kongsi Artikel ini :Kuala Terengganu, 8 Ogos 2016 – Bertempat di Singapura, program Global Youth Leaders Travel and Learning Camp (GYLTLC) 2016 telah diadakan selama 5 hari bermula 4 – 8 Ogos 2016 yang lalu. Program ini adalah merupakan program perhimpunan tahunan bagi pemimpin pelajar dari universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.
Objektif utama program adalah bertujuan untuk membawa pemimpin-pemimpin pelajar di seluruh dunia, melalui aktiviti-aktiviti yang menarik, bagi meningkatkan kebolehan mereka dalam interaksi silang budaya dan kerjasama dalam kumpulan, yang akan terus melengkapkan nilai kendiri mereka untuk menjadi pemimpin yang berkesan di masa akan datang.
UMT diwakili oleh pelajar-pelajar dari dua buah Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE) dan Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan (PPIMG). PPPSE telah menghantar dua orang pelajar untuk menyertai program ini iaitu Saudara Mohd Faizal A Wahab (Sarjana Muda Kaunseling) dan Saudari Sim Juok Chien (Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam). Manakala PPIMG turut menghantar dua orang pelajar iaitu Saudara Paramesuaran a/l Kovindan (Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan) dan Saudara Aiman Shahmi Moftah (Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).
Program (GYLTLC) di Singapura kali ini melibatkan penyertaan seramai 100 peserta yang datang daripada pelbagai negara seperti Uzbekistan, Taiwan, Hong Kong, China, Philipine, Japan, Vietnam, Thailand dan Bangladesh. Penyertaan dari Malaysia adalah UMT dan Taylors University.
Lebih membanggakan, para pelajar UMT ini telah merangkul beberapa anugerah ketika program berlangsung dan antara yang berjaya dimenangi :
Nama Pelajar dan Program |
Kategori Anugerah |
Saudara Mohd Faizal A Wahab |
1. Outstanding Youth Leader Award 2. Most Outstanding Award |
Saudari Sim Juok Chien
|
1. Most Creative Award 2. Team of the Year |
Saudara Paramesuaran a/l Kovindan |
1. Most Creative Award |
Saudara Aiman Shahmi Moftah |
1. Best Content Award 2. Team of the Year |
Penilaian dibuat berdasarkan kepada setiap aktiviti yang diadakan iaitu pengendalian aktiviti berkumpulan, komunikasi semasa bersama dalam kumpulan, perhubungan sesama peserta dan peranan serta keterlibatan semasa di dalam sesi perbincangan. Kriteria penilaian anugerah juga adalah berdasarkan idea, kreativiti dan penyampaian persembahan pelajar.
Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Tel: +609 – 668 5086
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Kuala Terengganu, 8 Ogos 2016 – Bertempat di Singapura, program Global Youth Leaders Travel and Learning Camp (GYLTLC) 2016 telah diadakan selama 5 hari bermula 4 – 8 Ogos 2016 yang lalu. Program ini adalah merupakan program perhimpunan tahunan bagi pemimpin pelajar dari universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.