Tajuk Pilihan

Pelancaran Buku

Pelancaran Buku

Monday, 09/11/2015

Kongsi Artikel ini :

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU melalui Institut Bioteknologi Marin (IMB) dengan kerjasama J-Biotech dan Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau (PTTAP) yang digerakkan oleh sekumpulan penyelidik UMT diketuai oleh Prof. Dr. Effendy Abd. Wahid dan juga pegawai sains UMT iaitu En. Thirukanthan a/l Chandra Segaran telah menjalin kerjasama bagi penyelidikan Kuda Laut di sekitar Sungai Pulai, Johor.  Kerjasama ini telah bermula seawal tahun 2008.

Hasilnya, pada hari ini sebuah buku SEAHORSES-HERITAGE OF PRESTINE JOHOR STRAITS, telah diterbit dan dilancarkan oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Buku mewah setebal 133 muka surat ini adalah terjemahan hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat. Buku bergambar dengan ilustrasi menarik mengenai habitat semulajadi Kuda Laut di Perairan Johor ini juga mengupas secara terperinci tentang tiga spesis kuda laut yang telah dikaji oleh penyelidik UMT iaitu Hippocampus kuda, Hippocampus trimaculatus dan Hippocampus spinossismus.

Tidak terhenti disitu, bagi meneruskan projek pemuliharaan dan kajian Kuda Laut ini juga, UMT menerusi sokongan berterusan kerajaan Johor, telah berjaya mendapatkan geran sejumlah RM476, 000.00 daripada pihak J-Biotech bagi membiayai projek seterusnya iaitu cadangan mewujudkan santuari Kuda Laut Johor di Sungai Pulai dan Bio-Conservation Marine Centre di Kepulauan Taman Laut Sultan Iskandar.

Permulaan gerak kerja penyelidikan telah dirangka dengan teliti di mana fasa pertama projek ini melibatkan pengenalpastian potensi perubatan secara saintifik bagi tiga spesis kuda laut yang boleh dijumpai di sekitar Sungai Pulai, program pembiakan dan asuhan serta ternakan dalam persekitaran tiruan dan pemulangan ke habitat asal telah dikenalpasti.

Kajian pengenalpastian habitat kuda laut telah mendapat sokongan yang padu daripada komuniti setempat khususnya komuniti nelayan Kampung Pendas.

Sekali lagi, UMT melalui Institut Bioteknologi Marin (IMB) dengan kerjasama J-Biotech juga kini sedang menjalankan kajian berterusan berkaitan kawasan habitat asal dari pelbagai aspek bagi merealisasikan projek ini. Berdasarkan perancangan tersebut, Sungai Redan telah dikenalpasti tempat yang sesuai sebagai  lokasi santuari Kuda Laut , dimana Sultan Johor , DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melepaskan sebanyak 200 ekor kuda laut. pada hari ini.

Lebih membanggakan, Kuda laut yang dilepaskan tersebut merupakan generasi pertama yang berjaya dibiakkan di dalam hatcheri oleh penyelidik UMT diketuai oleh Prof. Dr. Effendy Abd. Wahid dan juga pegawai sains UMT iaitu En. Thirukanthan a/l Chandra Segaran.

Pembangunan projek ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penangkapan kuda laut serta meningkatkan populasi kuda laut di habitat semulajadinya.

Selain daripada itu, teknik pengkulturan kuda laut yang berjaya ini akan juga dikongsi bersama industri akuarium supaya pengkulturan ex situ boleh dilakukan justeru mengurangkan ‘harvesting’ secara berleluasa di tapak pembiakaan semula jadi kuda laut.

PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK of RECORDS (MBoR)

UMT juga amat berbangga apabila MBoR secara rasminya turut mengiktiraf penubuhan santuari Kuda Laut dengan “Pengiktirafan Santuari Kuda Laut Pertama di Malaysia” yang pertama kali di Malaysia. Ini secara tak langsung mengangkat citra UMT dan seterusnya membuktikan penyelidikan UMT masih berada pada landasan yang telah ditetapkan iaitu sebagai peneraju bidang Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik.

Untuk maklumat lanjut:

1.     Prof. Dr. Effendy Abd. Wahid

Ketua Projek/Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Universiti Malaysia Terengganu

09-6685160/5161

effendy@umt.edu.my

2.     En. Thirukanthan a/l Chandra Segaran

Koordinator Projek/ Pegawai Sains

Universiti Malaysia Terengganu

012-2396299

thiru@umt.edu.my

           Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu

Tel: 09 – 668 4465/ 4339

ARKIB 2017

Majlis Konvokesyen UMT kali ke-15, 2017
Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014