Tajuk Pilihan
Marhaban Ya Ramadhan
Thursday, 25/06/2015
Kongsi Artikel ini :Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada bulan yang mulia ini umat Islam digalakkan melipatgandakan amal-amal kebaikan, disyariatkan amal-amal ibadah, kerana telah di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka. Oleh karena itu, bulan ini merupakan kesempatan berharga yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman kepada Allah SWT yang ingin meraih redha-Nya. Dan kerana agungnya keutamaan bulan suci ini, Rasulullah SAW selalu menyampaikan khabar gembira kepada para sahabat akan kedatangan bulan yang penuh berkat ini.
Bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan barakah ini sewajarnya disempurnakan dengan melunaskan ibadah wajib serta memperbanyakkan lagi ibadah sunat bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
Pada fasa sepuluh hari terakhir Ramadhan, Allah SWT telah menyediakan malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan iaitu lailatul qadar. Pada malam inilah al-Quran telah diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman bagi seluruh umat Islam dalam merencana kehidupan seharian. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 5). Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka itu melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.
Dalam menghayati pengertian al-Qadar itu sendiri, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia bermaksud pengagungan. Oleh yang demikian, di sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah SWT serta pada malam tersebutlah juga Allah SWT akan menganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah. Selain itu, al-Qadar juga membawa maksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Lebih istimewa lagi apabila lailatul qadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari dan meraih rahmat serta kasih sayang daripada-Nya. Justeru bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan, maka pastinya mereka tidak akan terlepas untuk menemui malam yang lebih mulia daripada seribu bulan ini.
Oleh yang demikian, bagi meraih pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan, umat Islam disarankan agar terus melipatgandakan ibadah-ibadah sunat bagi mencari dan merebut malam lailatul qadar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (hadis riwayat Muslim). Malah, dalam melewati sepuluh hari terakhir Ramadhan, umat Islam digalakkan mencarinya dengan menghidupkan malam-malam berkenaan dengan beribadah (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail merupakan kegemaran Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.
Mudah-mudahan kita sama-sama terus beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kita sehingga ke penghujung Ramadhan bagi memperoleh anugerah lailatul qadar yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita.
Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Marhaban Ya Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada bulan yang mulia ini umat Islam digalakkan melipatgandakan amal-amal kebaikan, disyariatkan amal-amal ibadah, kerana telah di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka. Oleh karena itu, bulan ini merupakan kesempatan berharga yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman kepada Allah SWT yang ingin meraih redha-Nya. Dan kerana agungnya keutamaan bulan suci ini, Rasulullah SAW selalu menyampaikan khabar gembira kepada para sahabat akan kedatangan bulan yang penuh berkat ini.