Tajuk Pilihan

Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15

Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15

Monday, 08/06/2015

Kongsi Artikel ini :

Penyelidikan sekumpulan enam orang pensyarah Universiti Malaysia Terengganu mendapat pengiktirafan pelbagai pingat dalam Pameran Penyelidikan Antarabangsa (ITEX’15) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula 21 Mei 2015. Pameran ini diadakan untuk menggalakkan penyelidikan bagi tujuan pembangunan dan pengkomirsilan serta meningkatkan pembangunan kelestarian masyarakat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dalam pertandingan kali ini, UMT telah menetapkan penyertaan bagi penyelidikan yang berkualiti dan berfokus kepada masyarakat dan komuniti pesisir pantai khususnya yang dapat membantu kelompok ini dalam meningkatkan penjanaan pendapatan, memelihara kesejahteraan kehidupan serta melindungi kelestarian alam.

“Konsep penyertaan UMT pada tahun ini adalah untuk mengenengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi, selaras dengan seruan kerajaan untuk mengukuhkan hala tuju serta kawalan pengurusan penyelidikan sempena Agenda Transformasi Penyelidikan dan Inovasi (P&I) kata Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, ketika mengulas kejayaan penyelidik UMT dalam pameran yang berlangsung selama tiga hari sehingga 23 Mei 2015.

Dalam pameran ini, Dr. Helena Khatoon memperolehi dua pingat emas bagi kategori Agrikultur untuk penyelidikan beliau dalam bidang shrimp post larvae dan juga home aquarium.  Penyelikan beliau telah membantu nelayan untuk menambah pendapatan sampingan dengan memelihara ketam dan ikan dalam akuarium. Dr. Yeong Yik Sung juga mendapat dua pingat emas untuk kajian beliau terhadap makanan tambahan kepada ternakan agrikultur dan juga keperluan makanan hidup kepada produk akuakultur. Manakala pingat perak diraih oleh  Dr. Norizah Mhd Sarbon untuk produk  “Tubbies Ice Cream”. Ais krim ini diproses dengan menggunakan kaedah teknologi penapaian yang dihasilkan daripada tapai ubi yang mana dapat mengekalkan rasa dan kelazatan semulajadi makanan tersebut.

Bagi kategori Materials, En. Mohd Hasmizan Razali menerima pingat perak untuk produk beliau yang membantu menyelesaikan pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air dan udara. Produk ini terbukti lebih baik dan berkesan daripada produk  sedia ada kerana mampu memecahkan bahan kimia pencemaran secara keseluruhannya yang tidak dapat dibuat oleh produk sedia ada iaitu hanya boleh  menghilangkan bau dan fizikal pencemaran semata.

Sementara Prof. Dr. Wan Mohd Norsani Wan Nik pula mengutip gangsa bagi produk “Awesome (Corrosion Inhibitor)” yang dijangka dapat membantu melambatkan proses pengaratan keatas alatan besi melalui penghasilan produk yang disapu kepada alatan besi menggunakan teknik sapuan atau semburan yang dicampur dengan bahan ketiga seperti cat. Manakala bagi kategori ICT & Multimedia, Dr. Noraida Haji Ali pula telah mendapat pingat perak bagi produk “Videxa: A tool for cybercrime”.  Produk ini berkaitan dengan perisian yang mampu untuk mengesan struktur video asal atau yang telah diedit.

Menurut Prof. Dato’ Dr Nor Aieni, UMT telah memperolehi pingat untuk kesemua penyertaan produk yang dipertandingkan. “Pencapaian ini secara tak langsung telah memperkukuhkan usaha penyelidikan UMT untuk mencapai tahap 58% daripada jumlah seluruh staf akademik yang aktif dalam penyelidikan manakala peratusan projek penyelidikan yang menepati fokus penyelidikan yang disasarkan telah mencapai 91%."

Bagi menyemarakkan lagi penyelidikan dalam bidang kelautan dan sumber akuatik, UMT telah memperkenalkan enam konsep Kluster Penyelidikan iaitu Sains Marin dan Oseanografi; Perikanan Tropika dan Akuakultur; Bioteknologi dan Biobahan Marin; Komuniti Persisiran dan Kepulauan; Teknologi dan Pengurusan Maritim; dan Ekosistem Tasik dan Kepelbagaian Biologi Tropika. Kluster ini bersesuaian dengan asas kekuatan dan bidang tujahan UMT, serta membuka peluang untuk meneraju gagasan ilmu dan penyelidikan yang akan terus berkembang pada masa hadapan.

Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu

ARKIB 2017

UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014