Tajuk Pilihan

Naib Canselor Wanita Pertama UMT

Naib Canselor Wanita Pertama UMT

Thursday, 30/04/2015

Kongsi Artikel ini :

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melantik Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar sebagai Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Terengganu bagi menggantikan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo yang telah tamat tempoh lantikan setelah tiga tahun memegang jawatan tersebut. Pemilihan Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar sebagai Naib Canselor UMT adalah berasaskan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengambil kira pengalaman kecemerlangan akademik, penyelidikan dan kepakaran beliau.

Menelusuri pendidikan akademik beliau, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik dari State University of New York, Binghamton, New York, USA pada tahun 1980, dan mempunyai Sarjana dalam bidang Physics-ionization dari Universiti College of Swansea, UK dari tahun 1981 hingga 1983. Selain dari itu beliau juga telah menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Physics-Laser Technology dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1992.

         Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar mula berkhidmat dalam pentadbiran awam sebagai ahli akademik di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1980. Selain dari terlibat di dalam pengajaran Fizik di Fakulti Sains, Hidraulik dan Kejuruteraan Pantai di Fakulti Kejuruteraan Awam, beliau aktif di dalam penerbitan bahan ilmiah dan penyelidikan di mana beliau telah memperolehi paten dan memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa termasuk Anugerah Best Woman Inventor di Geneva, International Khwarizmi Award, Anugerah Diskoveri dan Inovasi UTM dan juga Anugerah Perekacipta Negara. Beliau merupakan Ahli Senat dan pernah menjadi pengurus penyelidikan di Institut Kejuruteraan Pantai dan Lepas Pantai, pengurus pengkomersilan R & D, Harta Intelek, Timbalan Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan, Biro Inovasi dan Perundingan bagi Pengkomersilan dan Tekno-ushawan.

Pada tahun 2008 beliau telah di beri kepercayaan memegang jawatan sebagai Pengarah dan Setiausaha Bahagian Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Beliau bertanggungjawab bagi Pembangunan dan Penyelarasan Penyelidikan Oseanografi dan Sains Marin Malaysia. Beliau telah mewakili Malaysia untuk rundingan kerjasama antarabangsa Bi-lateral dan Multi-lateral serta telah memenangi kerusi ahli majlis eksekutif Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC)-UNESCO, Naib Pengerusi dan Ahli Penasihat Saintifik IOC/WESTPAC dan ketua sekretariat nasional bagi Inisiatif Segitiga Terumbu Karang.

Antara sumbangan beliau termasuk penyediaan bersama pasukan NOD dan pemegang taruh di agensi dan kementerian serta pusat-pusat kecemerlangan marin universiti, Kajian National Ocean Policy, Pembangunan National Ocean Data Centre dan Kajian National Oceanography Institute. Justeru, hasil dari pengalaman, antara bidang kepakaran Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar  ialah, pengionan Fizik Dan Teknologi Laser, Kejuruteraan kelautan dan pantai,  instrumentasi, Computer dan Physical Modelling, Pengurusan Ekosistem dan Sumber Alam Sekitar, Sains Teknologi dan Inovasi, Dasar Lautan, pengurusan data Oseanografi & Biodiversiti Marin.

Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dikurniakan dengan pelbagai  anugerah kehormat antaranya, anugerah “Tokoh Wanita Terengganu”  pada tahun 2008, Darjah Johan Setia Mahkota, J.S.M pada tahun 2010 oleh DYMM SPB YDP Agong, dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) oleh  DYMM Sultan Terengganu pada tahun 2012. Berikutan pengalaman luas beliau dalam bidang Osenografi di peringkat nasional dan antarabangsa serta pelbagai bidang lain, beliau juga telah dilantik untuk menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu. Kini, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar diberi sepenuh kepercayaan untuk menerajui tampuk kepimpinan universiti dengan memegang jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu berkuat kuasa pada 13 April 2015 yang lepas.

Di kesempatan ini juga, UMT merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim bin Komoo, Mantan Naib Canselor UMT di atas segala jasa dan baktinya selama ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, diharap beliau akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

21030 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

ARKIB 2017

Majlis Konvokesyen UMT kali ke-15, 2017
Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014