Tajuk Pilihan

Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah

Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah

Saturday, 13/12/2014

Kongsi Artikel ini :

Revolusi dalam pemindahan pengetahuan kepada pengguna perpustakaan telah berkembang pesat dengan adanya teknologi maklumat dan rangkaian. Tiada siapa pernah menyangka, bahawa rujukan serta pencarian bahan perpustakaan secara konvensional dan memakan masa dapat dilakukan dengan pantas, lengkap dan tersusun dengan berkembangnya era teknologi digital. Perkembangan ini memberikan satu impak yang sangat signifikan dalam menyebar luas ilmu pengetahuan serta memantapkan sistem penyampaian ilmu.

Bagi memastikan visi menjadi sebuah Perpustakaan Digital dapat dicapai dan dilaksanakan dengan berkesan, PPDSNZ atau lebih dikenali sebagai Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah telah merancang beberapa pelan strategik dan menekankan teras utama dalam pelan tersebut iaitu, memberi pendedahan awal kepada pengguna-pengguna perpustakaan melalui penggunaan produk-produk digital yang dibangunkan oleh PPDSNZ. Pendedahan beserta latihan yang konsisten kepada pengguna perpustakaan khususnya, sedang diperhebatkan dalam usaha untuk membiasakan pelajar dengan keadaan diluar kebiasaan, iaitu perkhidmatan perpustakaan digital sepenuhnya.

Antara pendedahan awal yang telah dilaksanakan oleh PPDSNZ iaitu, Program Jelajah Ilmu Ke Pusat Pengajian yang memberi peluang kepada pengguna perpustakaan untuk berinteraksi secara langsung mengenai transformasi digital serta menawarkan pelbagai sumber-sumber rujukan yang wujud secara atas talian. Pelbagai judul pangkalan data serta e-book telah diperkenalkan kepada pengguna perpustakaan dalam memberikan visi yang jelas kepada pengguna mengenai peranan dan perkhidmatan sebuah perpustakaan digital yang sedang diterapkan dalam perkhidmatan. Manakala Jabatan e-pembelajaran telah memainkan peranan pentingnya dalam merangsang persekitaran pembelajaran digital kepada pelajar melalui pengenalan produk-produk E-Learning yang sedang dan telah dibangunkan khususnya dalam menyokong pembelajaran digital di Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah.

Bagi menterjemahkan konsep sebuah Pusat Pembelajaran Digital yang jelas dari segi pengoperasiannya,  PPDSNZ telah membangunkan IBOOK yang merupakan inisiatif digital yang pertama di Malaysia, dengan kerjasama pintar Apple. Beberapa buku digital telah dibangunkan dalam inisiatif tersebut. Dalam memperkukuh dan memperkasakan koleksi, PPDSNZ telah menggunakan storan digital yang menyokong kepada penempatan koleksi, bahan-bahan digital dan ianya dikenali sebagai Dspace yang berperanan sebagai sebuah repositori digital. Penggunaan Dspace secara praktikalnya adalah bagi memudahkan pengguna  dalam membuat carian bahan secara lebih komprehensif dengan memasukkan kata kunci carian seperti Nama Pengarang, Tajuk Bahan, Tarikh bahan, Subjek Bahan dan kata kunci secara umum.

Bagi memperkasakan pembelajaran digital dan carian maklumat secara atas talian, PPDSNZ telah mewujudkan beberapa laman sesawang bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan secara digital tanpa dibataskan oleh waktu dan lokasi. Antara pautan yang boleh dilayari adalah seperti berikut:

Sistem e-Pembelajaran:

http://epembelajaran.umt.edu.my/lentera/

Sistem Webconference:

http://epembelajaran.umt.edu.my/bicara/

Majalah Online (e-mag):

http://epembelajaran.umt.edu.my/blog/

Sistem Pemilihan Buku (Mysoleb)

http://apps.ppdsnz.umt.edu.my/ebuku/login.php

Sistem Arkib Atas talian:

http://apps.ppdsnz.hafriz.com/elupus/login.php

Sistem penyediaan bahan OpenCourseWare bagi UMT:

http://epembelajaran.umt.edu.my/ocw/

Pusat Sehenti Gerbang Digital:

http://ppdsnz.umt.edu.my

http://bahtera.umt.edu.my/

Kesemua pautan yang dinyatakan diatas mempunyai fungsi yang tersendiri dan dilihat mampu memberikan impak yang positif dalam membudayakan perkhidmatan berkonsepkan digital sepenuhnya kepada pengguna. Perkembangan ini merupakan satu permulaan yang positif dalam memudahkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan perpustakaan secara lebih meluas dan berkesan.

Usaha dan harapan dalam merealisasikan penubuhan sebuah perpustakaan digital sepenuhnya bakal memberikan manfaat yang sangat besar dalam perkembangan pendidikan di Universiti Malaysia Terengganu dan ia merupakan satu usaha yang bakal memberikan kebanggan kepada warga UMT khususnya.

ARKIB 2017

Majlis Konvokesyen UMT kali ke-15, 2017
Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014