Tajuk Pilihan

Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’

Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’

Tuesday, 11/11/2014

Kongsi Artikel ini :

Pada masa dan zaman kini, dunia penyelidikan kita telah berubah secara progresif daripada satu kepentingan kepada yang lain. Idea-idea baru seringkali menerjah fikiran para penyelidik dalam usaha untuk menjadikan dunia semakin baik. Menerusi kajian yang meluas dan berterusan dalam bidang fundamental , tumpuan khusus telah ditumpukan kepada sintesis bahan aktif molekul tunggal untuk digunakan dalam kepelbagaian aplikasi bahan termaju. Molekul-molekul tunggal secara meluasnya telah dianggap sebagai unit binaan yang berpotensi untuk generasi baru peranti elektronik. Cetusan pertama mengenai kajian pengangkutan elektron melalui molekul tunggal berkembang dengan pesat dalam bidang molekul elektronik sejak pertama kali diperkenalkan oleh Aviram dan Ratner pada tahun 1974. Sejak dari itu, bidang molekul elektronik menampilkan molekul tunggal sebagai bahan aktif telah menarik minat secara signifikan sejak beberapa dekad yang lalu dalam lonjakan luar biasa tanpa batasan. Konsep membina alat elektronik berasaskan komponen molekul menawarkan secara prinsipnya, kemungkinan yang tiada had untuk pembangunan teknologi kerana kepelbagaian fungsi elektronik antara komponen molekul yang boleh disesuaikan dengan reka bentuk kimia dan sintesis. Penyediaan bagi molekul tunggal yang khusus terutamanya yang menampilkan sejumlah ciri-ciri elektronik dalam molekul tersebut dengan kehadiran molekul-molekul terkonjugat yang terdiri daripada ikatan karbon-karbon tunggal atau berganda (tiga) secara bergilir-gilir yang mana mempunyai keupayaan untuk mengalirkan elektron melalui system asasnya yang unik. Kegunaan molekul tunggal untuk resolusi muktamad dan alternatif dalam menyelesaikan pelbagai isu manusia adalah topik penting untuk dibincangkan.

Malah, untuk beberapa tahun yang lalu, dalam kumpulan penyelidikan kami, kami telah membuktikan bahawa molekul tunggal, menampilkan terbitan tiourea terkonjugat secara individunya boleh bertindak dengan cemerlang dalam aplikasi elektronik molekul iaitu sebagai wayar molekul seperti diod pemancar cahaya organik (OLED), fotovoltaik sel solar, molekul pengesan gas, dan molekul pengesan logam untuk mengesan logam toksik terpilih dalam persekitaran akueus.

Dewasa ini, disebabkan oleh kebimbangan yang utama dalam menyelamatkan dunia daripada pemanasan global, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari cara yang lebih baik untuk menyelamatkan dunia. Sumber cahaya terutamanya memberi tumpuan kepada pembangunan penjimatan tenaga dan alat-alat pencahayaan mesra alam. Selain itu, idea bagi menyediakan penggunaan kuasa yang rendah, kos pengeluaran yang rendah dengan prestasi molekul organik yang bertambah baik telah ditekankan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk menyediakan reka bentuk dan menguji molekul tunggal terbitan naftoil-tiourea sebagai lapisan pemancaran berpotensi dalam OLED. Pengenalan terbitan tiourea sebagai lapisan tunggal OLED telah berjaya disintesis dan dicirikan menggunakan teknik-teknik spektroskopi dan analisis. Dengan tidak dijangka, calon sistem molekul tunggal ini menunjukkan keputusan yang baik untuk digunakan dalam aplikasi OLED. Selain itu, sumber-sumber tenaga utama seperti bahan api fosil telah merosot dan berkurangan kerana penggunaan yang melampau dan memberi kesan yang jelas ke atas kualiti udara, penglihatan manusia dan masalah alam sekitar iaitu pemanasan global dan perubahan cuaca, sebagai contoh. Fakta yang membimbangkan ini telah menarik ahli-ahli sains untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan dan pembangunan penghasilan tenaga alternatif. Justeru itu, pencarian sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui telah menjadi salah satu cabaran terbesar dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat ke atas bekalan tenaga. Secara keseluruhannya, sumber tenaga alternatif yang paling berpotensi adalah tenaga solar yang diketahui sebagai bersih, berkos rendah, paling banyak dan selamat. Hakikatnya, pemilihan bahan-bahan untuk diaplikasikan sebagai sel solar adalah penting, oleh itu, fokus perlulah pada reka bentuk dan penentuan ciri-ciri sel solar tersebut. Berkenaan dengan perkara di atas, penyelidikan kami, melibatkan penerokaan dan kajian sistem model terbaharu yang terdiri daripada molekul terkonjugat berasaskan tiourea dengan klorofil sebagai fokus utama dalam pembangunan sel solar organik. Penemuan menunjukkan bahawa, sistem molekul tunggal yang menampilkan alkoksi tiourea  dicampurkan dengan klorofil dan bahan pewarna asli yang lain telah menunjukkan prestasi yang amat baik untuk bertindak sebagai bahan aktif dalam sel solar organik.  Tidak diragui lagi, sistem jenis ini, memberikan konduktiviti yang sesuai dalam pelbagai keamatan cahaya dan dengan tidak dijangka, sistem ini juga berfungsi dengan baik di dalam keadaan gelap tidak seperti sistem sel solar konvensional yang ada di pasaran sekarang.

Disamping itu, Malaysia sangat dikagumi sebagai salah satu negara yang mempunyai bandar-bandar yang kurang pencemaran alam sekitar di Asia. Matlamat mencapai status negara perindustrian menjelang tahun 2020 dan secara berperingkat telah mengalihkan strategi pembangunan daripada pengeluaran bahan-bahan mentah kepada industri pembuatan iaitu industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan sumber dan telah mula meningkatkan kos daripada segi pencemaran industri dan degradasi persekitaran bandar. Pembangunan pesat ini bagaimanapun, memberi kesan yang menjejaskan alam sekitar, disebabkan oleh peningkatan dalam kuantiti dan kepelbagaian gas-gas toksik dan berbahaya yang dihasilkan oleh pelbagai industri yang boleh membahayakan kesihatan kita dan ekosistem semula jadi yang membawa kepada penambahan kesan rumah hijau. Pengesanan gas-gas toksik dan mudah terbakar oleh pengesan kimia yang mudah dan kos efektif telah mendapat perhatian khusus yang luar biasa sejak kebelakangan ini dan banyak usaha yang dilakukan dalam bidang ini, dan berminat untuk mensintesis bahan pengesan terbaharu dengan prestasi yang dipertingkatkan. Dalam kepentingan terhadap isu-isu alam sekitar, terdapat minat yang sangat tinggi dalam membangunkan pengesan untuk mengesan gas yang menampilkan molekul tunggal substrat organik yang jauh lebih hijau yang sensitif terhadap tindak balas serta boleh di guna semula terhadap kehadiran pencemaran. Pengesan gas yang praktikal ini, boleh beroperasi dengan ukuran spektroskopi langsung terhadap perubahan dalam sifat-sifat optik yang disebabkan oleh pendedahan gas terhadap bahan. Dalam kajian ini, kami menampilkan molekul tunggal organik terbaharu yang memperkenalkan sistem asetilida-tiourea yang terdiri daripada ciri-ciri π-terkonjugat yang dipercayai dapat menghasilkan interaksi sesuai dengan analit gas toksik terpilih dengan keputusan yang terbaik.

Selain daripada pencemaran udara, pencemaran air oleh logam dalam persekitaran akuatik telah menarik kesedaran global akibat kesan terhadap keracunan alam sekitar dalam bilangan yang banyak dan konsisten. Kuantiti bahan kimia yang banyak dan berbahaya terutamanya logam berat telah dilepaskan ke dalam pelbagai sumber air di seluruh dunia disebabkan oleh pertumbuhan global yang pesat oleh penduduk dan aktiviti domestik secara menyeluruh, serta pembangunan pengeluaran perindustrian dan pertanian. Tidak dinafikan, logam pencemar dianggap sebagai pencemar berbahaya kerana ketoksidannya walaupun pada kepekatan yang rendah. Di samping itu, ia juga menunjukkan kelarutan yang baik dalam air yang menjadikan ia sukar dikesan. Jumlah logam berat yang berlebihan akan menghasilkan pelbagai kesan toksikologi dan bahaya kepada organisma hidup yang paling utama termasuk manusia. Secara umumnya, pengesanan logam dalam sampel air kebanyakannya bergantung kepada penggunaan peralatan mahal yang agak rumit dan memakan masa. Di antara beberapa alternatif, sensor kimia telah muncul sebagai pilihan terbaik kerana pendekatan yang cepat dan mudah terhadap pengesanan. Matlamat utama kajian berterusan kami adalah untuk mensintesis dan mencirikan ejen pengkelat daripada terbitan piridil-tiourea yang seterusnya, dan ditukarkan menjadi filem nipis yang bertindak sebagai sensor molekul terhadap ion logam terpilih. Oleh kerana kehadiran tingkah laku terkonjugat elektronik molekul disintesis, atom penderma berganda (S, O dan N) untuk kompleksasi dan kemudahan sintesis, moieti tiourea dipilih sebagai bahan untuk pembangunan sensor kimia yang berpotensi. Dalam usaha untuk meningkatkan sistem elektron berkonjugat sistem ini, beberapa kumpulan penderma elektron telah dipilih yang akan menjana aliran elektronik terkonjugat yang lebih baik dan sesuai dalam rangka kerja molekul tiourea.

Kesimpulannya, hasil penyelidikan daripada kumpulan kami telah membuktikan bahawa molekul tunggal yang menampilkan moieti tiourea terkonjugat berasaskan individu boleh bertindak dengan tidak disangka dalam pelbagai aplikasi molekul elektronik kerana ciri-cirinya yang unik. Kajian awal menunjukkan bahawa sistem molekul unik ini mempunyai potensi yang besar dan secara individu boleh bertindak dengan baik dan di luar jangkaan tinggi untuk molekul tunggal. Hasil kajian ini, boleh bertindak sebagai kajian asas untuk pembangunan selanjutnya dalam sistem molekul tunggal khusus dalam aplikasi bahan termaju bagi kepentingan molekul elektronik.

[Oleh: Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Wan Mohamed Zain, Rafizah Rahamatullah, Adibah Izzati Daud, Siti Maryam Jasman, Mohd Faizzudin Abu Hasan]

ARKIB 2017

UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014