Pusat Asasi STEM

Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan Pusat Asasi pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia. Diluluskan penubuhannya pada Mei 2017 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta memperoleh akreditasi dari Malaysian Qualifications Agency (MQA), Pusat Asasi STEM telah memulakan semester pertama mereka dengan kemasukan 68 orang pelajar lepasan SPM bagi program Asasi STEM bermula pada sesi Jun 2018.

Matlamat program Asasi STEM ini adalah untuk menyediakan bakal pelajar pra-siswazah UMT dengan pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya dalam bidang STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik untuk memasuki program-program ijazah Sarjana Muda berasaskan STEM di UMT.

Pelajar wajib mengambil semua kursus dalam modul yang ditawarkan. Kursus Wajib Institusi terdiri daripada kursus Keperibadian Quranik, Bahasa Inggeris dan Ko-kurikulum. Manakala, Kursus Teras Program pula terdiri dari kursus Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Sains Bumi & Angkasa, Pengenalan Kepada Kejuruteraan, Pengenalan Kepada Aplikasi Komputer, Sejarah & Falsafah STEM dan Modul Hafazan/Mengaji Al-Quran sebagai nilai tambah kepada pelajar dan program Asasi STEM dalam menlajirkan generasi yang seimbang dari segi kecemerlangan akademik dan ilmu agama.

Program yang ditawarkan:

Program Asasi STEM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Asasi STEM
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Tel. : +609 668 3753/3908/3405
Fax: +609 668 3608
E-mel: laili@umt.edu.my

Facebook: Pusat Asasi STEM