Lawatan Akademik Bengkel Halatuju CSD

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Ucapan Penghargaan

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan keizinanNya, dapat kita bersama-sama menjayakan program lawatan akademik dan bengkel halatuju CSD.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian kerana sudi meluangkan masa dari kesibukan menjalankan tugas di pejabat untuk bersama-sama memberi sumbangan ke arah pembangunan CSD UMT.

Latar Belakang dan Objektif Program

Saya dimaklumkan bahawa program ini dibahagikan kepada dua fasa dan ia merupakan usaha penting bagi pembangunan CSD yang telah mencapai usia dua tahun sejak ditubuhkan pada 5 Julai 2010. CSD bermula dengan tiga orang pegawai diawal penubuhan dan kini CSD telah mempunyai lapan orang pegawai termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah. Selain daripada itu, CSD juga mempunyai tiga orang felo bersekutu. Ini menunjukkan komitmen UMT secara berterusan dalam membangunkan CSD, yang merupakan sebuah pusat penyelidikan bagi bidang sains sosial. 

Saya juga difahamkan bahawa, fasa pertama program ini adalah lawatan akademik (academic visit) yang bertujuan untuk melihat kekuatan institut penyelidikan yang menjurus kepada bidang sains sosial di Malaysia, supaya dapat dijadikan panduan dalam pembangunan dan pembentukan hala tuju CSD. Selain daripada itu, usaha ini juga boleh menjadi titik permulaan jaringan CSD dengan institut penyelidikan yang lain.

Fasa kedua pula adalah bengkel penetapan hala tuju CSD. Tujuan bengkel ini adalah untuk memurnikan bidang tujahan CSD, rancangan bidang pengajian pasca siswazah dan lebih penting adalah menggubal pelan strategik ke arah kecemerlangan CSD. Oleh itu, saya melihat program ini amat positif demi perkembangan CSD dan seterusnya penyelidikan serta penjanaan khazanah ilmu di UMT.

Penjanaan Khazanah Ilmu

Sekarang ini, UMT amat pesat membangun dari segi fizikalnya. Ia boleh ditafsirkan sebagai UMT sedang berusaha memberikan persekitaran yang kondusif untuk semua ahli akademik menjalankan pengajaran dan penyelidikan. Secara spesifiknya, ia juga memberi ruang kepada CSD untuk bergerak kehadapan sebagai pusat penjanaan ilmu. Namun begitu, ruang fizikal bukanlah satu-satunya pengukur untuk melihat komitmen UMT dalam menyokong pembangunan CSD sebagai pusat menjana ilmu yang berfokuskan kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat di kawasan pesisir. Apa yang saya lihat, sebagai pusat menjana ilmu, budaya penyelidikan yang disandarkan dengan pelbagai kemudahan dan ekosistem penyelidikan yang baik haruslah dibentuk dan dipupuk. Ini amat penting kerana tanpa budaya dan kemudahan penyelidikan, kita tidak mampu untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi penjanaan ilmu.  

Selain daripada komitmen daripada pihak pengurusan UMT, sumbangan saudara-saudari sebagai ahli akademik dan penyelidik juga saya lihat amat penting dalam menyokong pembangunan CSD UMT.

Penemuan Penyelidikan

Sebagai pusat penyelidikan sains sosial yang berfokuskan kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat di kawasan pesisir, adalah menjadi perkara penting untuk memastikan penemuan penyelidikan akademik dijadikan sebagai input kepada pelan pelaksanaan pihak berwajib. Ini adalah untuk memastikan penyelidikan dilihat sebagai aktiviti yang relevan kepada pihak berwajib dalam membentuk polisi dan peraturan yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat.

Justeru, penyelidik haruslah pandai mengenalpasti dan mengupas isu dan permasalahan yang dilihat sebagai kritikal kepada masyarakat dan pihak berwajib. Hubungan yang rapat dengan agensi-agensi kerajaan amat penting dalam memastikan penyelidik mendapat input dan mengenalpasti agenda penting dan semasa.

CSD Menjadi Pusat Penyelidikan Pelbagai Disiplin

Isu pembangunan sosioekonomi masyarakat di kawasan pesisir adalah bidang yang amat luas. CSD seharusnya bergerak aktif untuk menjadi tempat perkongsian ilmu dalam pelbagai disiplin. Apa yang penting dalam konsep perkongsian ilmu di sini ialah CSD seharusnya bergerak dan fokus untuk mejadi pusat rujukan dalam pembangunan sosioekonomi bukan sahaja untuk Negeri Terengganu tetapi meliputi kawasan pembangunan ECER yang meliputi Kelantan, Pahang dan Mersing.

Dalam memenuhi hasrat untuk menjadi pusat rujukan pembangunan sosioekonomi ini, CSD perlu mendapatkan pelbagai kepakaran di kalangan ahli akademik yang tersohor dan pentadbir-pentadbir yang berpegalaman. Ini kerana hanya melalui gabungan kepakaran ini sahajalah dapat mengukuhkan penemuan-penemuan penyelidikan yang boleh diaplikasai oleh pihak pengubal dan pelaksana dasar.

Selain itu, hasrat untuk menjadi pusat rujukan pembangunan sosioekonomi sewajarnya menjadi pencetus dan cabaran kepada CSD untuk bergerak lebih aktif dan berkesan untuk masa yang akan datang.

Harapan

Sekali lagi saya harapkan agar saudara-saudari dapat berkongsi pandangan dan memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan pembangunan CSD. Saya juga berharap agar program yang diadakan selama empat hari ini telah dan akan mencapai objektif seperti yang dirancang.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.